Adakah Selsema Babi Satu Senjata Biologi?

Adakah Influenza A Satu Senjata Biologi? Berikutan Kematian Mengejut Ramai Ahli Mikrobiologi Utama – Berita pada 2009

Atau bilangan kematian yang agak terhad menunjukkan bahawa panik lebih mendominasi daripada ancaman sebenar?

Paul Joseph Watson
PrisonPlanet.Com
Isnin, 27 April 2009

Terdapat beberapa faktor yang menunjukkan bahawa flu babi yang membunuh orang di Mexico mungkin senjata biologi, tetapi jelas tidak ada kesimpulan sedemikian pada masa ini. WHO dan kerajaan AS telah cepat menolak tuntutan tersebut .

Virus selesema babi digambarkan sebagai satu strain yang baru, campuran virus berasal dari manusia, burung dan babi. Dalam rekod, tidak wujud terdapat jangkitan A-H1N1 terhadap babi.

Menurut sumber, seorang bekas pegawai NSA, Wayne Madsen,

“Seorang saintis terkemuka Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, telah memeriksa wabak virus Ebola maut di Afrika, serta korban HIV / AIDS, menyimpulkan bahawa H1N1 mempunyai vektor transmisi tertent”

‘Telah mencadangkan bahawa strain selesema baru telah dihasilkan secara genetik sebagai senjata peperangan biologi tentera”

Madsen mendakwa bahawa sumbernya, dan satu lagi sumber yang berasal dari Indonesia, merasa pasti bahawa wabak baru selesema babi baru di Mexico dan beberapa bahagian Amerika Syarikat adalah hasil daripada pengenalan patogen manusia yang mampu direkacipta, dapat mengakibatkan sebuah pandemik global yang meluas, dengan kesan yang berpotensi membahayakan aktiviti perjalanan/penerbangan (travel) dan perdagangan domestik dan antarabangsa. “

Walau bagaimanapun, penting untuk kita menekankan bahawa terlalu awal untuk membuat andaian ini. Kita harus ingat bahawa bilangan mangsa penyakit ini agak rendah berbanding fakta bahawa beratus-ratus ribu di Mexico setiap tahunmengidap penyakit berjangkit yang berkaitan dengan kemiskinan seperti tuberkulosis dan malaria.

Fort Detrick – U.S. Army Medical Command yang merupakan sumber serangan anthrax tahun 2001, sekali lagi kelihatan mencurigakan, yakni penyiasat jenayah sedang meneliti sama ada sampel virus Selsema Babi baru-baru ini hilang dari biolabnya.

“Chad Jones, jurucakap Fort Meade, berkata CID sedang menyiasat kemungkinan sampel virus telah hilang dari U.S. Army Medical Research Institute of Infectious Diseases,” lapor The Frederick News .

Pada bulan Februari (2009), USAMRIID memberhentikan serta merta routine kerja mereka apabila sampel virus asing ditemui, tetapi ia tidak pernah disenaraikan dalam inventorinya!

Penyiasat jenayah dari U.S. Army Criminal Investigation Division unit di Fort Meade kini meneliti sama ada sampel virus ada hilang dari biolab utama Tentera Darat, yang juga mengkaji patogen termasuk ebola & antraks.

Jelas sekali, berdasarkan ketakutan umum kepada selesema babi dan asal-usul virus sintetik yang mungkin baru (dicipta), hakikat bahawa sampel virus mungkin telah hilang dari makmal penyelidikan Angkatan Darat yang sama di mana telah berlakunya kecurian strain anthrax pada 2001 sangat membimbangkan

Penyiasatan FBI dan DOJ 2008 telah membuat kesimpulan bahawa Bruce Edwards Irvins, seorang ahli mikrobiologi, pakar vaksin, dan penyelidik biodefense kanan di – United States Army Medical Research Institute of Infectious Diseases (USAMRIID) di Fort Detrick, Maryland, bertanggungjawab terhadap pengiriman virus anthrax dalam envelope kepada anggota Kongres dan media pada bulan September dan Oktober 2001.

Hakikat bahawa Irvins (suspek) membunuh diri tidak lama sebelum pengumuman itu menyebabkan banyak orang mengesyaki bahawa dia adalah seorang kambing hitam dalam satu plot yang lebih luas. Walaupun keadaan mayatnya mencurigakan, tiada bedah siasat dilakukan pada badan Irvins. Peguamnya yakin bahawa Irvins, yang telah bekerjasama dengan siasatan selama 6 tahun, tidak bersalah terhadap lima kematian akibat anthrax.

Jabatan Kehakiman pada mulanya menganggap Dr Steven Jay Hatfill sebagai suspek yang kuat dalam serangan antraks, tetapi dia kemudian mendakwa & menggugat kerajaan di mahkamah dan memenangi ganti rugi sebanya $ 5.8 juta

New York Times menulis mengenai kejadian bunuh diri Irvins telah bertanya soalan hipotetis: “Bagaimana jika Dr Hatfill telah membunuh diri pada tahun 2002, sebagaimana yang ditakuti rakan-rakannya? Adakah penyiasat akan mengeluarkan segala bukti mereka dan mengumumkan bahawa pelaku/suspek telah mati? “

Kebimbangan bahawa sebuah wabak massa sedang disiapkan sebagai serangan biologi telah merebak di kalangan komuniti konspirasi sejak 9/11. Penyiasat mendedahkan bahawa bilangan kematian ahli mikrobiologi utama yang sangat luar biasa menunjukkan bahawa orang yang mempunyai pengetahuan mengenai program tersebut telah dihapuskan.

Is Swine Flu A Biological Weapon?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s